Pada suatu hari seorang pemuda yg bernama Jehan terlibat dlm kemalangan.Dia dilanggar oleh sebuah teksi sebatang jalan raya. Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah, kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan untuk hidup. Ibunya, Syeila segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya dan keadaannya.
Hampir pengsan Syeila ketika mendapat tahu berita tentang anaknya. Dia segera bergegas ke hospital tersebut.Berlinang air mata si ibu melihat keadaan anaknya, walaupun telah diberitahu bahawa anaknya itu tidak ada harapan untuk diselamatkan, Syeila tidak henti-henti berdoa,bermohon agar anaknya itu diselamatkan

