Tuesday, 24 January 2012

kasihnya ibu

Pada suatu hari seorang pemuda yg bernama Jehan terlibat dlm kemalangan.Dia dilanggar oleh sebuah teksi sebatang jalan raya. Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah, kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan untuk hidup. Ibunya, Syeila segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya dan keadaannya.
Hampir pengsan Syeila ketika mendapat tahu berita tentang anaknya. Dia segera bergegas ke hospital tersebut.Berlinang air mata si ibu melihat keadaan anaknya, walaupun telah diberitahu bahawa anaknya itu tidak ada harapan untuk diselamatkan, Syeila tidak henti-henti berdoa,bermohon agar anaknya itu diselamatkan

Allah s.w.t.. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Jehan tidak banyak berubah. Saban hari Syeila akan datang menjeguk anaknya itu,saban malam dia bangun untuk melakukan solat malam.Dalam keheningan malam,sambil berlinangan air mata.Syeila merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.Ini antara doa Syeila untuk anaknya:
     "Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku.Susah payah aku membesarkannya,dengan susu aku yang engkau kurniakan kepadaku,aku suapkan ke dalam mulutnya.Ya Allah, aku pasrah denganapa jua keputusan-Mu! Aku reda dengan qadak dan qadar-Mu".
       "Ya Allah,dengan air mataku ini aku bermohon kepada-Mu,Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau matikannya, aku sangat sayang kepadanya,aku sangat rindu kepadanya,susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini.Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya".  
      "Ya Allah,tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau.Tunjukkanlah kuasa-Mu Ya Alla, aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna semula.Ya Allah, aku reda nyawaku engkau ambil sebagai ganti asalkan engkau hidupkan anak kesayanganku.Engkaulah yang Maha dalam segala hal, berkat kebesaran-Mu Ya Allah....."
Keyakinan Syeila terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupon tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan tidak ada harapan hidup.Namun ,Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaan-Nya.Setelah lima bulan terlantar,akhirnya Jehan menampkkan tanda2 kesembuhan dan akhirnya sembuh sepenuhnya, berkat doa seorang ibu yg ikhlas.
Jehan dapat meneruskan hidupnya hingga berumah tangga dan beranak-pinak.Ibunya, Syeila semakin hari semakin tua dan uzur.Suatu hari,Syeila yg berusia hampir 75 tahun jatuh sakit. Pada mulanya,Jehan masih menjengah-jengah ibunya di hospital. tetapi, semakin hari semakin jarang dia datang menjeguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yg semakin teruk. Jehan segera bergegas ke rumah sakit.Di situ diadapati nafas ibunya semakin lemah.Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tiadak ada masa yg lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yg terakhir pada bila2 masa.
Melihat keadaan ibunya yg sedemikian dan kononnya dia terseksa,maka Jehan lantas berdoa seperti ini:
          "Ya Allah, seandainya mati lebih baik untuknya,maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya.Ya Allah, aku akan reda dengan pemergiannya..."
 Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya.Apabila anak yg sakit walau seteruk mana sekali pun,walau badan hancur sekali pun,namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya dihidupkan.Tetapi anak2 yg 'baik' pada hari ini akan mendoakan agar ibuatau bapanya yg sakit agar segera diambil oleh Allah,pada ibu bapa itu baru sahaja sakit.mereka meminta agar Allah segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat 'panderitaan' ibu bapanya!

3 comments:

Unknown said...

memberi kesedaran..

Si BuDaK KaChAk said...

insapnye...

chocolate.aholic said...

sayangi lah kedua ibu bapa kte..follow me k..